Abam Bocey Tanya Soalan ‘KILLER’ Kepada Isteri Dia Betul Betul Sebelum Akad Nikah.. Ini Jawapan Isteri Abam Bocey Yang Buat Dia Terpana !

Bersaksikan 5,000 peminat dan penduduk setempat, pelawak terkenal Abam Bocey dan pasangannya Nor Hidayah Mohd Ali bersanding di Taman Air Manis, Sabak Bernam, kelmarin.

Video Esklusif!! Abam Bersama Achey Dan Fad berada di pautan terakhir artikel ( Sila scroll )

Majlis yang berlangsung seawal 10 pagi itu menyaksikan orang ramai bertandang ke kediaman pengantin perempuan bagi melihat pasangan mempelai.

Kedua-dua pengantin mengenakan persalinan rona ungu tiba pada jam 1.15 tengah hari dan disambut dengan beberapa ‘hulubalang’ yang bertindak selaku pengapit.

Malah, cuaca tidak menentu bukan penghalang mereka untuk melihat raja sehari dari dekat meski terpaksa bersesak.

Jumaat lalu, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan sah bergelar suami kepada Nor Hidayah dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Majlis yang dihandiri keluarga dan sahabat handai itu menyaksikan Nor Hidayah menerima mas kahwin RM3,000 dan sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Turut setia menemani Abam sepanjang majlis itu, Fad dan Achey Bocey.

Abam ketika ditemui menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyunting Hidayah menjadi suri hidupnya.

“Sebenarnya, saya masih gemuruh apabila bertukar status daripada bujang kepada suami orang.

“Bagaimanapun, syukur apa yang dirancang berjalan lancar dan bermulalah fasa baru dalam hidup saya serta isteri,” katanya.

Menurut Abam, dia ada berpesan kepada Nor Hidayah supaya bersedia mengharungi segala dugaan selepas mengahwininya.

“Sebelum bernikah, saya sering bertanya adakah dia sudah bersedia menjadi isteri saya? Mampukan dia bertahan dengan kata-kata kurang enak yang bakal didengari?

“Dia tersenyum dan menjawab sanggup demi cinta,” katanya yang mengenali Nor Hidayah hampir lapan tahun lalu.

Abam turut meminta masyarakat memberi ruang kepada wanita yang dicintainya melakukan aktiviti seperti insan lain.

“Kalau boleh, berilah ruang kepada isteri saya menjalani hidup normal seperti wanita lain. Bukan apa, dia tidak mahu orang ramai mengenalinya sebagai isteri kepada pelawak terkenal.

“Biarlah dia makan di kedai yang diingininya dan membeli-belah tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Sementara itu, Nor Hidayah berkata, dia berterima kasih kepada keluarga Abam yang sudi menerimanya sebagai menantu.

“Saya tidak menyangka akan bernikah dengan pelawak terkenal. Malah, keluarga terutama ibunya, Sabariah Arshad sedia menerima saya sebagai menantu.

“Insya-Allah, saya berjanji menjaga amanah ini sebaik-baiknya dan kepada semua di luar sana, doakan kebahagian kami sehingga akhir hayat,” katanya.

Nor Hidayah berkata, dia bertuah dikurniakan suami yang memiliki pekerti mulia.

“Sepanjang mengenalinya, Abam sentiasa membuatkan hidup saya ceria. Saban hari, ada saja lawak jenaka yang dikongsi hingga tidak kering gusi.

“Malah, saya tertarik dengan karakternya yang bersaja dan tidak sombong. Abam juga sering menasihati saya supaya terus melakukan kebaikan tidak kira dengan sesiapa pun,” katanya. -Amirul Aiman Hamsuddin

SUMBER : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/292733/harap-isteri-sedia-harungi-dugaan

Lihat apa yang Fad Bocey dan Achey buat masa Abam nikah.Macamni baru la kawan sejati

Video Kredit: Diva Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *