Adakah Anda Akan Membayar 50Sen Untuk Menggunakan TANDAS Di Stesen Minyak? Mereka Sudah Kena ..

PETALING JAYA: Kemudahan tandas di negara ini bukan sesuatu yang asing, namun timbul kisah kurang enak apabila seorang lelaki mendakwa terpaksa membeli kupon ketika ingin menggunakan bilik air di sebuah stesen minyak.

Situasi yang dianggap jarang berlaku itu mengundang pelbagai reaksi netizen di laman sosial Facebook.
Penjawat awam yang hanya ingin dikenali sebagai Aziz berkata, dia terkejut apabila mengetahui tentang caj yang dianggap umpama ‘paksa rela’ itu ketika singgah di sebuah stesen minyak di Kuala Terengganu pada tengah hari Jumaat.

“Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa ketika memuat naik mengena perkara tersebut.
“Cuma saya terkejut apabila orang awam yang ingin menggunakan tandas di situ perlu membayar kupon dan mengambil kunci di kaunter,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Bapa kepada tiga anak yang dalam perjalanan pulang ke kampung dari Johor memberitahu, dia dan isterinya singgah di stesen minyak tersebut untuk membersihkan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.

Katanya, dia tidak jadi menggunakan tandas tersebut kerana beranggapan pihak stesen minyak tidak wajar mengenakan caj terhadap kemudahan asas seperti yang diamalkan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Antara komen netizen yang ditinggalkan di ‘posting’ tersebut.

Sementara itu, terdapat segelintir netizen tidak berpuas hati dengan situasi tersebut dan mempersoalkan tindakan stesen minyak terbabit mengenakan bayaran kepada orang awam.

“Kenapa perlu bayar? Itu kan servis mereka? Saya rasa stesen tersebut sahaja yang mengenakan bayaran… boleh buat laporan,” komen Zwan Abdullah.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen bersetuju dengan kaedah yang digunakan oleh stesen minyak tersebut kerana menyediakan tandas yang bersih dan lebih selamat untuk pengguna wanita.

“Pengalaman saya sendiri yang menggunakan tandas itu memang berbaloi walaupun kena bayar 50 sen dengan tahap kebersihan dan kemudahan yang disediakan seperti tisu dan sabun.

“Ada penjaga di kaunter depan tandas itu, jadi boleh mengelakkan orang lain menceroboh dan sebagainya,” tulis Mohd Fazlie.

Caj tersebut dipercayai hanyalah strategi pemasaran yang digunakan oleh pemilik stesen minyak tersebut untuk menggalakkan orang awam berbelanja di kedai stesen itu. Bayaran kupon tersebut akan dikembalikan sekiranya pengguna membeli barangan di kedai stesen berkenaan.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/01/kupon-masuk-tandas/

Kisah pasal tandas di stesen minyak lagi …

Staff Petronas Ini Pesan Pada Doktor Supaya Hanya Pandang Bawah Ketika ‘MELABUR’ Tetapi Dia Degil Dan Pandang Atas.. Apa Dia Nampak Buat Terkejut !!

Pada suatu malam, aku berhenti di stesen pam minyak Petronas sebab tak tahan nak terkencing. Masa aku nak masuk tandas tu, ada seorang staff stesen pam minyak baru keluar dari kubikel tandas.

Doktor Menemui Pendinding Di Atas Tandas Petronas Yang Bakal Mengejutkan Ramai.

“Masa melabur nanti, jaga-jaga sikit. Pandang bawah tau,” pesan pakcik berbaju Petronas itu kepada aku.

“Kenapa?”

Pakcik yang sedang mencuci tangan di sinki itu menoleh dan hanya tersenyum. Setelah mengelap tangannya yang basah pada bajunya, dia tunjuk kedua-dua bola matanya dengan jari dan kemudian menuding ke bawah, seolah-olah menegaskan kembali pesannya tadi.

Oleh kerana empangan hampir pecah, aku segera meluru masuk kubikel. Semasa menunaikan hajat, kuat pula desakan hati nak tahu kenapa kena pandamg bawah. Tak boleh pandang atas ke? Apa yang ada pada siling kubikel ni? Akhirnya aku tekad abaikan amaran pakcik. Aku dongak perlahan-lahan.

Hah? Berjeriji?

Doktor Menemui Pendinding Di Atas Tandas Petronas Yang Bakal Mengejutkan Ramai.

Semakin membuak-buak perasaan ingin tahu aku. Bermacam-macam teori berlegar dalam kepala. Berdebar jadinya. Usai selesai urusan di tandas, dalam perjalanan kembali ke kereta, aku terserempak sekali lagi dengan pakcik tadi.

“Pakcik! Kenapa ada grill kat atas kubikel tandas tu?” Tanya aku.

“Kan aku cakap pandang bawah! Pandang atas buat apa? Jatuh baru tahu! Lantai tandas tu licin, baru cuci. Sebab tu suruh kau pandang lantai.”

“Ooo..yeke. Bikin saspens la pakcik. Ingatkan ada benda-benda pelik. Eh! Tapi kenapa ada grill?”

“Betul kau nak tahu? Jangan beritahu orang lain tau,” bisiknya perlahan.

“OK, saya janji tak beritahu orang lain. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!”

“OK, pinky swear?” katanya sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

“OK! OK!” Aku kait jari kelingkingnya dengan jari kelingking aku. Rasa jangal pula, macam budak-budak sekolah.

“Macam ini… malam-malam, tandas tu, ada lembaga yang selalu sergah orang daripada atas. Sebab tu dia orang pasang grill. Grill tu bukan grill biasa, dah jampi dengan ayat pendinding sekali.”

“Biar betul, pakcik. Seram gila. Nasib dah settle urusan baru tahu!” Aku lepaskan tautan jari aku.

“Haa.. inilah perangai orang-orang kita. Cerita karut-marut, mudah je percaya. Orang jual racun sebagai ubat pun ada orang beli. Ingat orang tua je perangai macam tu, rupanya orang muda pun sama. Padanlah senang kena tipu dengan politician. Hampeh!“

Aduh, pedih. Malunya!

Lepas membebel tu, pakcik jalan ke arah sebuah kereta Mercedes CLS AMG dan dengan selamba masuk ke dalam perut kereta mewah tersebut. Enjin dihidupkan dan kereta itu beredar pergi.

Laaa… bukan staff pam minyak rupanya.

Pengajaran:

Jangan percaya benda yang karut-marut.
Jangan bersangka-sangka berdasarkan rupa.
Jangan degil, dengar nasihat orang tua.
Jangan ingat semua orang tua kolot. (Ada juga yang hip dan masih amalkan pinky swear. Haha!)

Apapun, tujuan jeriji besi tu dipasang di kubikel tandas masih menjadi misteri. Dr Kamarul Ariffin adalah seorang doktor perubatan rehabilitasi dan merupakan salah seorang ahli

SUMBER : http://mediahijrah.com/2017/11/10/doktor-menemui-pendinding-di-atas-tandas-petronas-yang-bakal-mengejutkan-ramai/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *