Akhirnya Nama Anak Amyra Rosli Dan Amar Baharin Didedahkan! Ini Punya Kenapa Mereka ‘TERPAKSA’ Merahsiakan Nama Anak ..

Selepas berteka-teki dengan peminat, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli akhirnya mendedahkan nama anak sulung mereka.

NAMA ANAK MEREKA .. Aqeef Anaqi

Pasangan itu mengumumkan nama tersebut dengan menukar ‘username’ laman Instagram milik anak mereka yang mempunyai lebih 109,000 pengikut.

Amyra dan Amar menukar ‘username’ @amyramarjr kepada @aqeefanaqi.

Sebelum ini, pasangan ini pernah memberikan bayangan yang nama anak mereka bermula dengan AA.

DEDAH NAMA TAPI TIDAK DEDAH WAJAH?

Namun begitu, wajah sebenar anak mereka yang lahir pada 15 Oktober 2017 itu masih belum didedahkan.

Pasangan itu sekadar memuat naik sekeping foto wajah anak mereka yang telah dikaburkan.
Dalam perkembangan lain, Amar, Amyra dan Aqeef juga muncul dengan sebuah program televisyen terbaru yang berjudul The Adventure of Aqeef Amyramar.

Program itu disiarkan pada setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

SUMBER : http://www.gempak.com/artikel/7639/aqeef-anaqi-nama-baby-boy-amar-baharin-amyra-rosli

KENAPA MEREKA TIDAK BOLEH DEDAHKAN SELAMA INI TERJAWAB

Pada 15 November yang lalu, pasangan selebriti, Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat menimang cahaya mata lelaki yang juga bayi sulung mereka. Kini sudah sebulan berlalu, namun Amar dan Amyra masih merahsiakan wajah dan nama anak mereka walaupun dihujani pelbagai komen dan pertanyaan mengenai anak mereka

Tidak Boleh Langgar Kontrak

Mnejelaskan hal itu, menurut Amar, mereka akan memperkenalkan anak mereka dalam sebuah program realiti lapan episod yang akan bersiaran mulai awal bulan depan dan disebabkan terikat dengan kontrak adalah punca mereka mengambil keputusan untuk tidak mendedahkannya lagi.

“Saya dan isteri berbesar hati nak kongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran dan tak boleh langgar kontrak. Insya-Allah awal bulan depan episod pertama mula ditayangkan. Serentak dengan program ini, baru kami berkongsi kepada semua. Tidak dinafikan hampir setiap hari ramai bertanya nama dan teringin melihat wajah anak. Apa saya boleh kongsikan, nama anak kami bermula dengan A”

Berehat Dari Berlakon

Mengenai perkembangan terbaru mereka pula, kedua – duanya sedang berehat dari lakonan bagi menumpukan perhatian membesarkan anak mereka.

“Kali terakhir saya terbabit dalam penggambaran drama Kalis Kasih untuk slot Samarinda pada awal bulan lalu. Selepas itu, saya terus bercuti hingga sekarang. Ini memang perancangan saya untuk menjaga isteri dan anak. Kalau boleh saya nak memberikan sepenuh perhatian kepada mereka. Memandangkan ini anak pertama kami, jadi saya merasai pengalaman menguruskan semuanya. Disebabkan itu juga, kami tidak mengambil pembantu. Cuma saya beruntung apabila ibu mentua turut sama membantu.”

Sama-samalah kita nantikan wajah anak Amar dan Amyra nanti. Pada pendapat anda, baby A ini akan mengikut muka siapa?

SUMBER : https://www.hangat.com/26091-amyra-rosli-jelaskan-punca-tidak-mahu-dedah-wajah-anak/

PADA MASA YANG SAMA NETIZEN MENGECAM PASANGAN INI KERANA TIDAK MENDEDAHKAN WAJAH ANAK MEREKA

Notakaki: Apala korang nak marah dorang taknak dedahkan .. tu hak mereka … sabar je dulu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *