Angkatan Tentera Malaysia Dah Boleh Pergi Baitulmaqdis Bila Bila Masa! Ini Pasukan Khas Malaysia Yang Tak Ramai Tahu

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu berkenaan.

“Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung.

“Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor) dan ATM pastinya sudah siap siaga,” kata Hishammuddin dalam ucapan pengulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh dunia Islam.

“Awal minggu ini, kita dikejutkan dengan berita yang sangat membimbangkan berhubung kestabilan geo-politik dunia. Marilah kita berdoa dan terus berdoa agar konflik ini tidak membawa ke ambang kemusnahan,” katanya.

Dalam masa sama, Hishammuddin turut memohon para perwakilan untuk berdiri dan memberi tepukan gemuruh sebagai menunjukkan penghargaan kepada para perajurit negara, yang disifatkannya sebagai perwira tidak didendang, dalam mempertahankan negara.

Beliau berikrar selagi menyandang jawatan Menteri Pertahanan, dengan sokongan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, usaha membela kebajikan tentera dan veteran serta keluarga mereka akan terus dilaksanakan.

“Kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan kelengkapan aset serta teknologinya, tetapi ia juga banyak bergantung kepada kesanggupan para perajurit yang berkorban jiwa dan raga.

“Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang ditinggal terjaga dan terbela,” katanya.

Hishammuddin turut berjanji bahawa selagi menjadi Menteri Pertahanan, beliau tidak akan membiarkan walaupun seinci tanah di negara ini dicerobohi dan diganggu gugat mana-mana pihak.

Beliau bagaimanapun menyelar tindakan pembangkang yang sering mempersenda dan bersandiwara sehingga hal keselamatan tidak terlepas daripada permainan mereka.

“Ini termasuk insiden Lahad Datu yang didakwa pembangkang satu sandiwara kerajaan…aset ketenteraan dan kapal selam turut diperlekeh malah hak penempatan tentera sebagai pengundi turut dipertikai.

“Tetapi apabila berlaku bencana dan huru-hara, Angkatan Tentera juga yang dicarinya,” katanya.

Beliau turut menyelar dakwaan sesetengah pihak di Pulau Pinang yang menafikan sumbangan anggota keselamatan negara dalam membantu semasa insiden banjir di negeri yang diperintah DAP itu demi agenda politik. – Bernama

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/nasional/baitulmaqdis-atm-tunggu-arahan-pucuk-pimpinan-1.768492

5 PASUKAN KHAS POLIS DAN TENTERA MALAYSIA YANG BUKAN CALANG-CALANG YANG TIDAK SEMUA RAKYAT TAHU KEWUJUDAN MEREKA.. INI JASA MEREKA!

Baru-baru ni CILISOS ada tulis pasal Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF) yang akan mendapat arahan terus Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang pula adalah bawah pemerintahan Perdana Menteri. Katanya, NSOF merupakan Pasukan Tindakan Cepat yang pertama akan sampai kalau berlaku sebarang ancaman.

Tapi korang tau tak yang kita sebenarnya dah lama ada pasukan khas untuk tujuan yang sama. Ada yang ditubuhkan sejak zaman komunis lagi dan masih kekal sampai sekarang. Malah ada pasukan yang terkenal di seluruh dunia dengan skill gerila

Jadi jom kita layan pasukan-pasukan khas yang ada kat Malaysia. Untuk senarai ni, kami telah gabungkan pihak polis dan juga tentera dari semua cawangan. Cawangan baru macam ESSCOMM tak masuk sebab ia bukan pasukan khas tapi lebih kepada gabungan kuasa untuk sektor pertahanan.

1. Grup Gerak Khas (GGK)

Grup Gerak Khas (GGK) merupakan antara pasukan khas yang paling famous kat negara ni. Pasukan ni mula ditubuhkan pada tahun 1965 sewaktu Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Time tu kita bukan lawan Indonesia je, malah parti komunis. Jadi British telah menghantar Special Air Service (SAS) dan Royal Marine Commando untuk membantu tentera Malaysia menubuhkan satu pasukan khas iaitu Malaysian Special Service Unit.

Kehebatan pasukan ni telah mengagumkan Menteri Pertahanan time tu sampaikan pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya pasukan ni diterap masuk ke dalam tentera Malaysia dan akhirnya terlahirlah GGK. Ia merangkumi tiga rejimen iaitu Rejimen 21, Rejimen 22, dan terakhir sekali iaitu Rejimen 11 (Rejimen Counter Terrorist). Kalau nak join Rejimen 11, korang kena ada sekurang-kurangnya pengalaman 8 tahun dengan Rejimen 21 atau 22.

GGK mempunyai kepakaran dalam bidang sabotaj, counter-terrorist, pengintipan jarak jauh, perang gerila, mengumpul maklumat, pertempuran terbuka, dan juga pentempuran hutan (yang ni satu dunia tau kita pakar). Selain dari tu, ahli GGK kena belajar ilmu kedoktoran tapi takde lah sampai boleh bedah cancer. Mereka punya training semuanya berkaitan dengan perang, jadi ilmu medic tu sebenarnya lebih kepada kecedaraan sewaktu pertempuran.

Selain dari tu, GGK juga belajar taktik Escape & Evasion, di mana mereka akan belajar jadi halimunan. Macam korang boleh tengok kat dalam video atas ni, nak join GGK ni bukanlah satu benda yang mudah. Fizikal, mental, dan juga semangat kena kuat. Kalau korang jenis tengok lipas pun teriak, jangan harap la nak apply internship sekalipun.

Antara misi GGK yang famous pernah buat adalah Konfrontasi Indonesia-Malaysia, menyelamatkan tentera Amerika kat Mogadishu pada tahun 1993, dan insiden Lahad Datu. GGK ni juga antara yang rajin pergi oversea untuk tolong Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi pengaman. Kalau korang nak tau mission dorang yang lain, klik sini.

2. PASKAL aka KD Panglima Hitam

paskalAda tangga ke kat pantai tu? Gambar unit PASKAL ni dari sediaberkorban.wordpress.com
Pada tahun 1975, Tentera Laut DiRaja Malaysia telah mengambil keputusan untuk buat satu pasukan khas untuk menjaga semua pangkalan tentera laut di negara ni. Batch pertama telah pergi berguru dengan tentera Indonesia dan 5 tahun kemudian, PASKAL secara rasminya telah ditubuhkan.

Apa yang bermula sebagai bodyguard untuk pangkalan tentera laut telah berubah menjadi salah satu pasukan elit terhebat kat Malaysia. Tanggungjawab PASKAL juga telah jadi lebih berat sebab mereka sekarang ni sudah berkemahiran dalam bidang counter-terrorism, menyelamatkan tebusan, perang gerila, pertempuran hutan, dan banyak lagi.

Orang kata kalau nak jadi hebat kena berguru dengan orang yang paling power, itulah apa yang PASKAL telah buat. Selepas dapat training dari Indonesia, PASKAL telah dihantar untuk belajar dengan US NAVY Seals dan juga Royal Marine Commando. Ini secara tidak langsung telah menjadikan PASKAL antara yang terbaik. Hubungan PASKAL dan Navy Seals tak berhenti kat situ je, setiap tahun PASKAL akan hantar pegawai junior ke luar negara untuk berlatih dengan Navy SEALS.

Antara misi PASKAL yang selalu disebut-sebut adalah bila mereka berjaya buat operasi dua biji kapal milik Malaysia di Somalia. Fuh macam movie siut!!

Tahun 2009, PASKAL telah tukar nama jadi KD Panglima Hitam yang telah ditauliahkan oleh Agong time tu (Sultan Mizan). Nama Panglima Hitam bersempena nama pahlawan Melayu terkenal sewaktu zaman Kesultanan Melaka.

3. PASKAU

passkauTu bukan sebarang teropong eyh, ia digunakan untuk membidik peluru berpandu yang ditembak dari jet pejuang. Gambar PASKAU ni di ambil dari pinterest.com

passkau

Apa yang membuat pasukan khas udara ni ganas adalah mereka mendapat latihan awal dari GGK. Kemudian mereka dilatih oleh pasukan khas dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, dan juga British.

PASKAU atau nama awal dia Handau ni dilahirkan sama sebab macam PASKAL, iaitu menjaga keselamatan pangkalan, macam aset tentera udara yang penting seperti radar dan lain-lain.

Lama-kelamaan, tanggungjawab mereka semakin berkembang. Masa aman, PASKAU lebih mengutamakan operasi mencari dan menyelamat manakala time perang pula mereka mampu buat operasi menyelamat dibelakang kawasan musuh. Tapi bukan tu je…

Memandangkan PASKAU ni semakin versatile, mereka telah dipecahkan kepada dua cawangan iaitu penjagaan aset dan juga Skuadron Sayap Tempur di mana yang kemudiannya tu lebih offensive seperti merampas semula kapal terbang yang kena hijack dan juga serangan hendap.

Sering dikenali sebagai cawangan tentera yang paling lambat ada pasukan khas sendiri, tak bermaksud tentera udara senang-senang tarik semua orang jadi PASKAU. Tahun lepas, hanya 11 daripada 49 calon je yang lulus untuk join manakala tahun ni hanya 21 daripada 89 yang lulus. Punyalah memilih PASKAU ni mengalahkan bakal mak mertua.

PASKAU ni pun rajin join PBB, salah satu yang famous adalah pada tahun 2007 di mana mereka telah berganding bahu dengan GGK dan juga 10 Brigade di Lebanon untuk misi pengaman. Kat Malaysia pula, PASKAU sering terlibat dengan misi mencari dan menyelamat, dari kapal terbang awam sampailah ke helikopter tentera. Kalau hilang, mereka akan cari.

4. Pasukan Gerakan Khas (PGK)

pgkKami tertanya, mana nak beli custom kereta macam ni eyh? Senang nak cat rumah. Imej dari discoverelitpolice.com
Kepada yang taktau, Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan gabungan dari Unit Tindakan Khas (UTK) dan juga Very Able Troops 69 (VAT69) yang telah diletakkan bawah satu bumbung. Memandangkan kedua-dua unit ni berkhidmat untuk Polis DiRaja Malaysia, PDRM telah mengambil keputusan untuk satukan mereka.

Penubuhan VAT 69 ni merupakan salah satu inisiatif Tun Dr Ismail dalam menangani masalah komunis. VAT 69 telah mendapat latihan dari British SAS pada tahun penubuhan mereka (1969) dan kemudian oleh New Zealand SAS sebelum menghasilkan pelatih mereka sendiri. Sepanjang pengalaman mereka berperang dengan komunis, kelebihan VAT 69 terbukti lebih kepada serangan guerrilla dan juga dalam hutan.

Tapi kalau serangan pengganas kat bandar pula macam mana? Tu lah apa yang terjadi pada tahun 1975 apabila bangunan AIA di Kuala Lumpur kena ambil alih oleh pengganas Jepun. Selepas insiden tu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk buat satu pasukan kecil ala-ala SWAT. Maka terlahirlah UTK, tanggungjawab mereka juga telah dikembangkan untuk menjaga orang kenamaan dan VVIP.

Bagai pinang dibelah dua, ‘perkahwinan‘ ni telah dirasmikan oleh PM Mahathir pada tahun 1997. Gabungan ni membantu pihak polis untuk membanteras pengganas di luar dan juga di dalam bandar. Dan disebabkan itu, PGK menjadi lebih rapat dengan tentera berbanding polis.

Malah PGK dan GGK selalu buat latihan sama-sama, bukan takat tu je time operasi pun juga, contoh yang terbaik adalah sewaktu insiden Lahad Datu. Memandangkan Malaysia ni tak suka cari gaduh dengan negara lain, operasi PGK lagi banyak kalau nak dibandingkan dengan askar (tu apa yang kami tau, mana la tau mereka ada operasi rahsia).

vat-69Anggota VAT 69 yang terlibat dengan insiden pencerobohan Lahad Datu. Gambar dari forum.lowyat.net
Macam kami kata tadi, PGK pernah terlibat dengan insiden Lahad Datu, menumpaskan geng M-16, tolong jatuhkan Mat Kommando, pertempuran dengan pengganas Al-Ma’unah, merampas semula kapal milik Malaysia yang telah dicuri oleh pengganas dan banyak lagi. Apa yang menarik pasal PGK ni, mereka telah dilatih macam GGK untuk jadi spy. Jadi mereka juga boleh terlibat dengan operasi kumpul maklumat. So mereka ni ibarat super bodyguard sebenarnya..

5. 10 Brigade Para

10-briged-para10 Briged Para. Gambar dari dalzagka.blogspot.my
Atau lebih dikenali sebagai 10 Para macam US Marines kat Amerika. Lain daripada pasukan khas yang ada kat dalam list ni, 10 Para terdiri dari 14 unit tentera darat termasuk tiga battalion infantri yang ditemani dengan beberapa rejimen dari cawangan tentera lain seperti kereta kebal, kapal, artillery, unit GGK, dan juga sokongan udara.

Dengan motto Tindak Pantas, 10 Para tak berperang macam pasukan lain dalam list ni. Dengan muka yang garang, mereka akan payung terjun masuk ke medan perang sambil menembak dan ditemani dengan kereta kebal kat belakang dan helicopter berterbangan. Haa tu gaya 10 Para.

Kelahiran 10 Para ni terhasil apabila kerajaan rasa bersalah sebab tak dapat nak tolong Kepulauan Maldives dari diserang oleh pengganas Tamil. Time tu kita tak boleh nak kerahkan askar kita dengan cepat dan untuk menjawab isu maka terjadilah 10 Para, tapi masa nak tubuhkan ni ada beberapa orang kerajaan tak setuju sebab mereka takut ni akan provoke negara jiran terutama sekali Singapura. Tapi last-last buat juga.

Selain menjadi briged payung terjun yang elit mereka juga menggunakan senjata yang berbeza dari unit infantri yang lain, so ini memudahkan 10 briged para untuk serbu dan maintain kawasan tu sampai unit tentera utama sampai. Apa yang membuatkan mereka extra istimewa adalah tradisi yang dipegang oleh briged ni. Salah satu tradisi mereka adalah berlari dari satu bangunan ke bangunan lain. Ini menunjukkan mereka sentiasa bersedia untuk dihantar ke medan perang walaupun waktu aman.

Lagi satu yang memberi mereka status elit adalah 10 Para ni selalu buat latihan perang, dari pegawai tertinggi sampailah ke pangkat kecil. Ustaz ke, jurulatih ke, doktor ke, semua kena buat. Nasib baik kucing markas tak kena. Latihan yang banyak ni penting sebab 10 Para selalu pergi perang sebenarnya. Well… takdelah perang betul-betul tapi mereka banyak join misi pengaman PBB.

Beberapa misi yang mereka pernah join adalah di Pakistan, Acheh (Indonesia), dan juga Lebanon. Yang tu semua misi kemanusiaan tapi macam kat Lahad Datu, Timor Leste, dan Ops Pasir (Sabah) pula lebih kepada misi pengaman. So nak jadi 10 Para ni bukanlah senang, dah lah banyak latihan pastu selalu ‘turun padang’ pula tu, jadi kalau nak join make sure korang fit!

Bukan calang-calang pasukan

ggk-canine

ggk-canineGGK yang ditemani oleh unit canine (anjing). Comel kan? Imej dari astroawani.com

So kat sini kita tau yang pasukan khas negara kita ni bukan menunjuk je lebih malah telah terbukti di medan perang. Tak cukup dengan satu, kita ada sampai lima pasukan khas dan ni tak termasuk lagi polis marin, pasukan khas penjara, dan unit maritim kita.

Jadi kehadiran satu lagi unit seperti NSOF ni menambahkan lagi jumlah pasukan khas yang sedia ada. Samada perlu atau tidak bukan tempat kami untuk tentukannya, yang pasti time sambutan Hari Kemerdekaan ni mungkin tambah satu lagi la kot pertunjukan.

Apa pun, ada satu ucapan yang menarik perhatian kami:

“Over-grown military establishments are under any form of government inauspicious to liberty, and are to be regarded as particularly hostile to republican liberty”

Atau dalam bahasa Melayu:

“Perkembangan melampau sektor ketenteraan untuk kerajaan merupakan satu tindakan yang tidak memihak kepada kebebasan, dan perlu dilihat sebagai musuh kepada kebebasan republik” –George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat

SUMBER : https://soscili.my/5-pasukan-khas-polis-dan-tentera-malaysia-korang-kenal-ke-tak/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *