GAJI BANGLA INI SEBULAN MENCECAH RM5000.00 .. BAGAIMANA INI BOLEH TERJADI?

KUALA LUMPUR: Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat negara ini mempertikaikan bayaran gaji yang diterima pekerja dalam sektor perkhidmatan awam mahupun sektor swasta masih di tahap rendah.

Malah, lebih menyedihkan apabila gaji yang diperolehi warga asing dilihat melebihi pekerja tempatan.

Buktinya, laman media sosial sejak semalam kecoh apabila satu salinan penyata gaji yang didakwa milik seorang pekerja warga Bangladesh yang bekerja di Jabatan Loader di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjadi ‘viral’ dengan menyiarkan gaji yang diterima pekerja terbabit mencecah lebih RM 5,000 sebulan.

Mengulas perkara tersebut, Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, tidak timbul isu ‘double standard’ dalam pemberian gaji antara pekerja asing dengan rakyat tempatan.

Menurutnya, gaji yang diterima warga Bangladesh itu adalah setimpal dengan waktu kerja yang diperuntukannya termasuk kerja lebih masa, selain daripada pekerjaan tersebut jarang diceburi rakyat negara ini.

“Kalau rakyat Malaysia mahu gaji seperti itu, maka kerjalah seperti pekerjaan yang dibuat oleh warga Bangladesh. Namun, rakyat Malaysia dilihat jarang mahu melakukan pekerjaan seperti buruh ataupun tukang cuci.

“Mengikut prinsip di Amerika Syarikat dan negara maju lain, individu yang terlibat dalam sektor pekerja berat yang berisiko tinggi dan kotor akan menerima imbuhan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.

Ditanya mengenai gaji lebih masa yang diterima pekerja itu melebihi RM1,700, beliau menyatakan adalah rasional untuk seseorang pekerja itu menerima imbuhan selepas bekerja melebihi waktu biasa iaitu lapan jam.

“Tambahan pula bekerja di KLIA2 yang mungkin memaksa pekerja untuk sentiasa bekerja mengikut giliran tanpa mengira masa.

“Adalah munasabah dengan kerja lebih masa mencecah ribuan ringgit bergantung kepada keperluan sesebuah syarikat itu,” ujarnya.

Bagaimaapun, Dr Amir menegaskan bahawa perkara tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada pekerja tempatan ekoran wujud persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.

“Pihak Kementerian Sumber Manusia khususnya perlu memantau sekiranya lebihan pekerja asing ini boleh menggugat rakyat tempatan.

“Dengan gaji yang diterima warga asing itu boleh menarik ramai pekerja asing mahupun pekerja asing tanpa izin (PATI) untuk masuk ke sini,” jelasnya.

kredit: malaysiandigest

Jangan pandang orang takde mata .. BACA NI Dulu ..

‘Siapa Sangka Buruh Bangla Rupanya Ahli Farmasi..!’

PEPATAH ada menyatakan, jangan menilai buku daripada kulitnya. Atau dalam erti kata lain, jangan melihat seseorang berdasarkan luaran semata-mata kerana apa yang kita nampak tidak semestinya mewakili dirinya yang sebenar.

Jangan ingat mereka yang bekerja sebagai penjual nasi lemak di tepi jalan itu rata-ratanya tidak punya pendidikan yang tinggi, pokok pangkalnya jangan suka mendabik dada dan memandang rendah pada orang lain.

Hal ini ada kaitannya dengan pengalaman unik seorang doktor bertauliah yang baru-baru ini didatangi seorang pesakit yang merupakan buruh binaan warga Bangladesh.

Perkongsian di laman Facebook Doktor Goh Aik Ping, yang mempunyai klinik persendirian di Johor Baharu ini telah membuka mata ramai rakyat Malaysia dalam memandang warga asing yang bekerja di negara ini.

Pada asalnya pesakit warganegara asing itu datang ke klinik Dr. Goh untuk mendapatkan rawatan, namun apa yang mengejutkan apabila dia sendiri memberitahu doktor simptom dan kemungkinan penyakit yang dialaminya menggunakan terma perubatan yang tak ramai tahu, di samping sebutannya yang sangat tepat.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu yang dia cirit birit dan mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus.

“Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika. Kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu? Tetapi dia mendiamkan diri,” tulis Doktor Goh dalam perkongsian di halaman Facebooknya.

Selepas memeriksa, Dr. Goh menerangkan bahawa keradangan dalam perut atau gastroenteritis merupakan punca cirit birit dialaminya.

‘Siapa Sangka Buruh Bangla Rupanya Ahli Farmasi..!’

‘Siapa Sangka Buruh Bangla Rupanya Ahli Farmasi..!’
DOKTOR GOH AIK PING
Belum sempat beliau menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai Ciprofloxacin, Metronidazole dan Azithromycin, nama-nama ubat yang kompleks dan hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan sahaja.

“Saya tertanya-tanya, bagaimana lelaki ini boleh mengetahui nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya setelah dialih bahasa dari portal The Coverage.

Enggan terus berteka-teki, Dr. Goh mengupas identiti sebenar buruh binaan Bangladesh itu yang ternyata, sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasi sendiri di Bangladesh.

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula doktor. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan negara ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke Bangladesh,” katanya kepada Dr. Goh.

“Saya berasa sedih untuk dia. Dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk datang ke bumi ini sebagai pekerja binaan, sanggup bekerja keras di bawah cahaya matahari terik, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana kehidupan domestik di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, hanya sekadar mengeluh sahaja,” kata Dr. Goh.

Doktor itu juga mempersoalkan nasib rakyat Malaysia sekiranya negara ini berdepan dengan situasi ketidakstabilan politik.

“Apakah rakyat Malaysia akan merantau ke negara yang lebih maju dan menjadi kuli/buruh di negara orang tetapi menikmati hidup yang jauh lebih baik dari di negara sendiri?” soalnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Dr. Goh Aik Ping

Kredit: MyNewsHub – http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/siapa-sangka-buruh-bangla-rupanya-ahli-farmasi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *