Nelydia Senrose Buat Kejutan Secara Tiba Tiba Dengan Menunjukkan ..

Pada ketika ini Nelydia Senrose sedang berbahagia bercuti luar negara, tapi selain itu hati Nelydia juga seolah turut ‘berbahagia’ apabila memuat naik gambar sebentuk cincin di jarinya semalam di laman Twitter.

Perkongsian Nelydia itu sedikit sebanyak mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon kesayangan mereka itu bakal berkahwin. Malah laman Twitternya juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat.

Selain berkongsi foto cincin di jari manisnya, beberapa gambar perkongsian Nelydia di Instagram juga menunjukkan beliau sangat gembira dan bahagia pada ketika ini melalui kepsyen-kepsyen sweet dan romantis.

Terdahulu ada gosip bertebaran mengenai hubungan Nelydia dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr.H. Pun begitu Nelydia tidak bersembunyi di sebalik hubungan itu, beliau tidak menolak andai ada jodoh berdua.

Kalau benar perkhabaran ini, tahniah diucapkan kepada Nelydia yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman bujangnya. Kecewa habislah jejaka-jejaka diluar sana tu membaca berita ini kan!

SUMBER : ROTIKAYA

Artikel Lain ..

“Kami Masih Sedang Mengenali Hati Budi”

Baru-baru ini tersebar gambar mesra diantara Nelydia Senrose dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr H. Mengakui sedang berkawan rapat, Nelydia menjelaskan hubungan mereka kini masih di peringkat perkenalan.

“Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih. Cuma saya mohon doakan jodoh terbaik untuk saya. Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya nak akhiri zaman bujang”

“Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali,” jelasnya kepada Harian metro mengenai dakwaan beliau bercinta dengan seornag jutawan muda.

Tambah Nelydia, beliau mula berkawan dengan Jejaka yang juga seorang ahli perniagaan berjaya itu beberapa bulan yang lalu. Buat masa ini, Nelydia tidak menolak andai jodoh ditakdirkan dengan jutawan muda itu.

Sebelum ini sekeping gambar menunjukkan Nelydia berpelukkan dengan jejaka berkenaan, disamping tangannya di dada jejaka tersebut tersebar. Ramai mendakwa jejaka tersebut merupakan kekasih hati baru Nelydia.

SUMBER : ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *