Selepas Abam Bocey Giliran Tauke Jambu Pulak .. Tahniah!! Ini Perkahwinan Keempat Tauke ..

SHAH ALAM: Selepas lima tahun menduda, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya sah bergelar suami kepada Nadia Mohd Effendi dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan De’ Laman Event Space, di sini pada pukul 11.55 pagi.
Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 40, dinikahkan oleh Imam dan jurunikah Masjid Al I’itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib yang mewakili bapa pengantin perempuan Mohd Effendi Mamat.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat bagi pelawak berkenaan dan mempunyai enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Majlis itu juga menyaksikan Tauke menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran sebanyak RM30,000.

Pengantin perempuan turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pihak lelaki.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Sementara itu, pasangan berkenaan ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan yang dirancang berjalan lancar serta berdoa agar perkahwinan kali ini kekal sepanjang hayat.
Tauke dan Nadia, 28, mengikat tali pertunangan pada Disember 2015.
Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/09/tauke-jambu-nikah/

Artikel berkenaan Tauke Jambu

Ini cerita kenapa tauke jambu tiba tiba tangguh pertunangan dia dulu ..

Pelawak Tauke Jambu tidak menyangka keputusan untuk menangguh pertunangannya daripada 29 November kepada 6 Disember seperti ada hikmah disebaliknya dengan pemergian rakan seperjuangannya Yus Jambu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, bersyukur pertunangannya sebelum ini ditangguhkan jika tidak mungkin dia tak berpeluang menatap wajah arwah Yus Jambu kali terakhir serta menolong menguruskan jenazah sebelum dia pergi buat selamanya.

“Sepatutnya tarikh pertunangan kami lebih awal seminggu tetapi tak tahu ketika itu hati saya tidak sedap dan mahu tangguhkannya sedikit daripada tarikh asal.

“Tak sangka pula ada hikmah saya tangguhkan pertunangan kami. Sempat lah saya menguruskan jenazah Yus . Jika tidak mungkin ketika pemergian Yus, saya di Terengganu sedang membuat persiapan pertunangan,” katanya.

Tauke dan Nadia melangsungkan pertunangan di kampung halaman tunangnya di Dungun, Terengganu.

Mengulas mengenai pertunangannya, Tauke memberitahu dia dan tunangnya, Nadia sudah berkenalan lebih 4 tahun lalu namun baru sebulan lalu merancang untuk bertunang.

“Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerja.

“Tiada niat pun hendak sorok tetapi memang saya tidak war-warkan kepada umum kerana bimbang ia tidak jadi selain majlis berkenaan diadakan dengan keluarga terdekat sahaja,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Tauke turut memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin manakala dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Dalam pada itu, Tauke berkata mereka merancang untuk berkahwin sebelum Disember tahun hadapan.

“Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. Insya-Allah jika sudah ada tarikh saya akan beritahu,” jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai keistimewaan Nadia, Tauke berkata, selain sikap penyabar, Nadia sangat memahami kerjayanya sebagai artis membuatkan dia selesa bersama wanita itu.

“Sepanjang empat tahun berkenalan kami mengenali personaliti masing-masing dan pada saya dia memahami saya daripada pelbagai segi.

“Insya-Allah dia adalah jodoh saya dan berharap dapat disatukan dengannya sebagai peneman hidup sehingga akhir hayat,” ceritanya lagi.

Kredit: biskutmanis

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *