Siti Kasim Terima Anugerah? Tetapi Sesuai Ke Anugerah Itu?

Petaling Jaya: Setelah Nisha Ayub, seorang aktivis transgender menjadi lelaki pertama yang dianugerahkan dengan Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016 oleh Amerika Syarikat (AS), kali kini giliran Siti Kasim pula berjaya menjadi wanita pertama yang memenangi Anugerah Lelaki Tahun 2017 oleh AugustMan.

Baru-baru ini, AugustMan menyatakan betapa bangganya pihak majalah tersebut atas tindakan mereka memilih Siti Kasim sebagai pemenang Anugerah Lelaki meskipun sedar bahawa Siti Kasim ialah seorang wanita.

Majalah tersebut turut memuji Siti Kasim sebagai seseorang yang telah mempamerkan kecekalan yang lebih menyerlah berbanding dengan kebanyakan kaum lelaki. AugustMan mengumumkan,

“Bagi kami, Siti Kasim ialah kuasa bintang fenomena sosial dimana kecantikannya terbit dari keganasannya dalam menegakkan pendirian miliknya atau ketika membela orang lain, demi kebenaran, dalam bentuk yang berilmiah dan dengan hujah.”

Anugerah ini turut diberikan kepada beberapa orang individu lelaki lain di atas peranan-peranan mereka yang diiktiraf oleh Augustman. Augustman diterbitkan secara bulanan dan dimiliki oleh Burda Singapore Pte. Ltd. dan merupakan anak syarikat kepada konglomerat media Jerman, Hubert Burda Media dan mula diterbitkan pada 2006.

SUMBER : https://www.menara.my/siti-kasim-terima-anugerah-men-of-the-year/

Siti Kasim Berjaya Terpilih Ke Majlis Peguam

Kuala Lumpur: Aktivis peguam kontroversi Siti Kasim berjaya terpilih ke Majlis Peguam dengan mendapat hanya 1,450 undi jatuh ke tangga ke-12, kedua terakhir berbanding 1,390 undi yang diperolehi oleh Jayabalan A/L Raman Kutty yang menduduki tangga ke-13 dan seterusnya gagal mendapat tempat dalam Majlis Peguam.

Keputusan pilihan raya tersebut telah diwar-warkan oleh laman sesawang BAR Malaysia petang semalam. Ini adalah kali kedua Siti Kasim mendapat tempat dalam Majlis Peguam dengan menduduki tangga ke-8 dengan undi yang jauh lebih besar sebanyak 1,893 undi pada tahun lepas.

Siti Kasim sebelum ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada orang yang tidak dikenali. Baru-baru ini pula, terdapat beberapa orang tokoh dan netizen mempersoal kekebalan Siti Kasim yang masih bebas walaupun pelbagai laporan dibuat ke atas beliau.

SUMBER : https://www.menara.my/siti-kasim-berjaya-terpilih-ke-majlis-peguam/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *