Solat Zohor Membebankan Pelajar! Mereka Tidak Akan Jadi Lebih Pandai Dan Displin .. Siapa Zaid Ibrahim Ini?

SHAH ALAM – Pemuda Bersatu mengkritik kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyokong Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Rahim memberi amaran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berhubung isu pelajar Islam bersolat Zohor berjemaah sebelum pulang.

Exco Pemuda Bersatu (Pendidikan), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, pelaksanaan itu bukanlah suatu kesalahan malah merupakan salah satu strategi PdPc.

“Subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah kurikulum Pendidikan Islam memperuntukkan waktu khusus untuk aktiviti amali solat bagi membolehkan murid-murid menghayati atau mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya solat fardhu.

“Pelaksanaan yang mewajibkan pelajar menunaikan solat ini juga sedikitpun tidak bercanggah dengan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, dan ini jelas sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah portal tempatan hari ini melaporkan Zaid Ibrahim menyatakan solat adalah suatu ritual yang membebankan.

Zaid menerusi laporan itu turut mengatakan solat Zohor berjemaah tidak dapat membantu pelajar Melayu menjadi lebih berpendidikan, memahami tanggungjawab peribadi atau lebih berdisiplin.

Dalam pada itu, Mohd Ashraf berkata, pernyataan solat selaku ritual itu jelas menunjukkan Zaid Ibrahim tidak faham mengenai peranan solat dalam kehidupan seharian manusia.

“Saya tidak pasti ‘nas’ atau hujah apa yang dipegang oleh Zaid, hari ini permasalahan disiplin di sekolah sepertimana yang pernah dilaporkan media berdasarkan laporan KPM bahawa terdapat 402 buah sekolah di seluruh Malaysia dikategorikan sebagai sekolah ‘Hotspot’, mempunyai masalah yang teruk dari segi disiplin dan 91 (buah sekolah) dari jumlah itu mempunyai masalah dadah dalam kalangan pelajar malah seawal usia 12 tahun.

“Semua ini berlaku kerana kerutuhan ‘sistem’ yang merupakan saling-kait peranan dari institusi keluarga, pendidikan, masyarakat dan kerajaan itu sendiri,” jelasnya.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/politik/arahan-solat-zohor-bersatu-kritik-zaid-1.766591

Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor – Budiman

AHLI Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyelar kenyataan balas anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

1) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah tentang kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.

2) Baginda juga turut bertitah bahawa Tun Dr Mahathir mempunyai “rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam” yang boleh “membakar seluruh negara”.

3) Namun begitu, titah Tuanku Sultan Selangor ini telah mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid Ibrahim yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

4) Raja-raja Melayu merupakan tiang utama negara ini. Setiap titah ucapan Raja-raja Melayu sudah tentu dibuat setelah dibuat pertimbangan dari setiap sudut. Adalah tugas baginda bagi memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.

5) Titah Sultan Selangor juga bukanlah menunjukkan baginda cuba bermain politik tetapi ia adalah suatu bentuk peringatan baginda yang sentiasa sayangkan negara Malaysia ini.

6) Tindakan Zaid Ibrahim mempertikai titah baginda adalah jelas cuba menafikan peranan Raja-raja Melayu dan secara nyata menunjukkan sikap angkuh dan biadap beliau.

7) Titah Sultan Selangor harus dilihat dari sudut yang positif, tentang betapa sayangnya baginda kepada rakyat dan negara Malaysia. Tetapi, seperti kebiasaannya, pembangkang yang tidak pernah berhenti bermain politik telah sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka.

8) Sudahlah titah Sultan Selangor bulan lalu berkenaan kenyataan rasis Tun Dr Mahathir tentang bangsa Bugis tidak mahu dibincangkan di Dewan Negeri, kini mereka mempertikaikan pula titah Sultan Selangor.

9) Setiap rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor harus menilai tindak tanduk biadap pembangkang ini dan seharusnya bersatu mempertahankan titah Sultan Selangor ini.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/zaid-ibrahim-biadap-pertikai-titah-sultan-selangor-budiman-162136

Siapa Zahid Ibrahim ini?

Datuk Mohd Zaid Ibrahim (lahir 10 April 1951) ialah seorang peguam dan ahli politik berbangsa Malaysia, yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman. Beliau pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara. Beliau juga pengasas Zaid Ibrahim & Co., firma guaman swasta terbesar di Malaysia.

Beliau pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 2000, sehingga digantung keahlian pada 2 Disember 2008. Dalam UMNO, beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu mulai tahun 2004 hingga 2008.

Selepas keluar dari UMNO, beliau menganggotai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2009 dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada tahun berikutnya, tetapi keluar dari parti itu pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya parti PKR. Pada Disember 2010, Zaid menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti.

Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap, Bachok, Kelantan pada 10 April 1951. Ibu bapanya bercerai dan Zaid tinggal bersama dengan neneknya Tok Wa Sepiah. Tok Wa menanam padi untuk menyara kehidupan keluarga. Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumah Tok Wa.

Ayahnya Ibrahim Awang hanya kerja kampung dan berhijrah ke Hulu Kelantan untuk membuka tanah baru. Ayah dan emaknya berkahwin lain selepas berpisah. Zaid mempunyai 11 orang adik-beradik.[1]

Zaid Ibrahim berkahwin dengan Datin Suliana Shamsuddin sejak tahun 1979.

Zaid mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dan seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Perundangan di Institut Teknologi MARA, Program Luar LL.B (Hons.) usahasama dengan Universiti London.

Ketika kebangkitan pelajar 1972-1974 berikutan Perang Vietnam, Zaid Ibrahim turut terlibat. Hishamuddin Rais melihat Zaid seorang pelajar jurusan undang-undang yang demokrat sejak zaman mahasiswanya kerana pernah ‘membela’ Hishamuddin Rais yang berfahaman kiri. Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ) diadakan di Universiti Malaya dengan PMUM sebagai tuan rumah. KSITM diwakili oleh presidennya Zahari, Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim.[2]

Selepas tamat UiTM, Zaid Ibrahim pergi ke London dan menerima Barrister-at-Law, Inner Temple. Pada 1987 dia menubuhkan Zaid Ibrahim & Co., yang sehingga 2008 adalah firma perundangan terbesar di Malaysia dengan 140 orang peguam.

Kerjaya Politik 

UMNO (2000 – 2009)

Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2009 – 2010)

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) (2010 – 2012)

Parti Tindakan Demokratik (DAP) (2012 – Hingga KINI )

Maklumat lanjut sila ke laman web >> https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaid_Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *