‘Tadi ada RM1,800, tapi anak dah ambik dan tinggal RM20’ – Anak Aniaya Bapa Sendiri Dan Tinggalkan Dia Sendirian .. Kenapa?

Viral di Twitter akan nasib seorang lelaki tua yang mendakwa dia dianiaya oleh anak lelakinya sendiri selepas berselisihan faham dalam hal anak beranak.

“Baru sebentar tadi pakcik ini meminta saya untuk membantunya mengeluarkan wang dari mesin ATM kerana dia tidak tahu macam mana mahu menggunakan mesin itu. Pakcik ini nak pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan naik bas pulang ke kampungnya di Terengganu.

“Menurut pakcik ini lagi, kebiasaannya anak lelaki dia yang akan membantu dia mengeluarkan wang di ATM. Tetapi apa yang berlaku, baki wang dalam akaun banknya hanya tinggal RM20 sahaja. Dia mula menangis.

“Saya terus bertanya apa masalahnya dan kenapa dia menangis. Pakcik kata, pagi tadi baki wang dalam akaun banknya ada RM1,800. Dia dan anaknya bergaduh kecil, lalu kad ATM miliknya diambil. Rupa-rupanya anak lelaki dia ambil semua wang ayahnya dan meninggalkan dia begitu sahaja.

“Generasi jenis apakah kita ini?” soal individu yang tidak dinamakan itu.

Bagaimanapun ada beberapa netizen menganggap lelaki tua itu mungkin mahu menipu individu berkenaan kerana sudah banyak kes penipuan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti TBS, KL Sentral, Kota Raya, Bukit Bintang dan banyak lagi.

Golongan kaki scammer ini akan menggunakan modus operandi menjaja cerita palsu kononnya diri mereka telah menjadi mangsa ragut, mangsa aniaya, mangsa scammer kepada scammer (padahal merekalah scammernya) dan sebagainya bagi meraih simpati masyarakat yang mudah terperdaya.

Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut mengenai lelaki tua berkenaan, jika benar dia telah dianiaya oleh anaknya sendiri, berdoalah agar pakcik ini dilindungiNya dan semoga anaknya sedar akan kesilapannya memperlakukan ayah sebegini serta diberikan hidayah.

SUMBER : http://www.thereporter.my/2017/11/tadi-ada-rm1800-tapi-anak-dah-ambik-dan.html

HUKUM DERHAKA KEPADA IBU BAPA

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”

Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Ber baktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

SUMBER : https://lelakisihat.com/20164925/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *