Tentera HAMAS Akan Menentang TRUMP Untuk Selamatkan Palestin Tetapi Apa Yang Kamu Tahu Tentang HAMAS?

Pemimpin Hamas Ismail Haniya menggesa Intifada baru bermula esok, susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Israel.

Menurut laporan Al-Jazeera, Ismail menyifatkan pengiktirafan itu sebagai “pengisytiharan perang terhadap warga Palestin”.

“Keputusan AS adalah penindasan, pengisytiharan perang terhadap kami…Ia telah membunuh proses ke arah keamanan, Perjanjian Oslo dan proses penempatan.

“Kita perlu berusaha untuk melancarkan intifada untuk berhadapan musuh Zionis,” katanya dalam ucapan di Gaza, hari ini.

Di sebalik penentangan antarabangsa dan dalam negara, Trump kekal dengan tindakan itu dan akan memindahkan kedutaan Besar AS di Israel yang kini terletak di Tel Aviv, ke Baitulmaqdis.

Sepanjang sejarah kemelut Palestin-Israel, sebanyak dua intifada, atau kebangkitan, telah dilancarkan.

Intifada pertama pada Disember 1987 yang membawa kepada Perjanjian Oslo pada 1993.

Intifada kedua pula pada September 2000 yang berpunca daripada tindakan perdana menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon, mengunjungi Masjid Al-Aqsa. Ia dilihat sebagai satu provokasi.

Ia berakhir pada 2005 selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan serangan dan pengunduran tentera Israel di Gaza pada 2005.

Ismail menyifatkan pengiktirafan Trump itu sebagai titik kritikal dalam sejarah Arab, dan menggesa semua puak Palestin bersatu segera dan mula memikirkan strategi menghadapi perkara itu.

“Kami menggesa, meminta dan menekankan keperluan menyusun semula keadaan rakyat Palestin untuk menghadapi plot berbahaya ini, dan meletakkan keutamaan untuk menghadapi keputusan provokatif itu,” katanya.

Ismail menegaskan Palestin menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara mereka di masa depan.

“Seluruh Baitulmaqdis adalam kepunyaan kami,” katanya.

SUMBER : https://www.malaysiakini.com/news/404756

SIAPA HAMAS? MARI KENALI HAMAS YANG BERANI MENCABAR TRUMP

Hamas (bahasa Arab: حماس, singkatan حركة المقاومة الاسلامية Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Pembela Islam) merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihanraya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin [1]. Berikutan pilihanraya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.

Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Haniya.

Baru- baru ini setelah pengunduran tentera Zionis dari Gaza, sokongan yang diberikan kepada Hamas semakin kuat.

MAKSUD HAMAS

Hamas adalah akronim bagi frasa bahasa Arab حركة المقاومة الاسلامية, atau Harakat al-Muqāwama al-Islāmiyya atau “Pergerakan Pembela Islam”

Brigad Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas telah dibentuk pada tahun 1992, dinamakan sempena mengenang jasa pejuang Palestin, Sheikh Izz ad-Din al-Qassam. Unit tentera Hamas kadangkala menamakan diri mereka “Students of Ayyash”, “Students of the Engineer”, atau “Unit Yahya Ayyash”,[2] bagi memperingati As-syahid Yahya Ayyash, yang merupakan pakar pembuat bom HAMAS yang terawal yang dibunuh oleh Rejim Israel-Zionis Laknatullah pada tahun 1996

SEJARAH HAMAS

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin. Piagam Hamas menyeru supaya negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Zionis Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Zionis Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.

Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihanraya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.

Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan.

Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.

Sumber: Wiki
Edited: GedebakViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *